KENAPA AKU PERLU BERSEDEKAH?
Jika ditanya kenapa aku bersedekah? Kerana aku yakin dengan janji Allah SWT. Antara janji Allah SWT kepada orang yang suka bersedekah adalah:
1. Menghapuskan dosa.
Rasulullah SAW bersabda: “Sedekah itu dapat menghapus dosa sebagaimana air itu memadamkan api”
(Hadis Riwayat At-Tirmidzi)
2. Rezeki akan bertambah.
Rasulullah SAW bersabda: “Tidak akan berkurang rezeki orang yang bersedekah, kecuali bertambah, bertambah dan bertambah.”
(Riwayat Muslim)
3. Dapat memadamkan kepanasan kubur.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekah itu benar-benar akan dapat memadamkan panasnya alam kubur bagi penghuninya, dan orang mukmin akan bernaung dibawah bayang-bayang sedekahnya.”
(Hadis Riwayat Al Baihaqi dan At Tabrani)
4. Dipanjangkan umur.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesungguhnya sedekahnya orang muslim itu dapat menambah umurnya, dapat mencegah kematian yang buruk, Allah akan menghilangkan darinya sifat sombong, kefakiran dan sifat bangga pada diri sendiri.”
(Hadis Riwayat At Tabrani)
5. Lindungi dari bahaya.
Rasulullah SAW bersabda: “Bersegeralah untuk bersedekah. Kerana musibah dan bencana tidak bisa mendahului sedekah.”
(Hadis Riwayat Imam Al Baihaqi)
Banyakkan kelebihan bersedekah? Seandainya kita tahu kelebihan sesuatu amalan itu, pastinya kita tidak akan teragak-agak untuk laksanakan.
.........................................................................................................................
Masjid Tahfiz Al Ayubi, Pasir Mas, Kelantan kini memerlukan bantuan tuan puan untuk membangunkan rumah Allah yang baharu. Dana yang diperlukan adalah sebanyak RM13.7 juta yang merangkumi:
- Masjid - 1 unit berkeluasan 3588 sq ft
- Asrama - 2 unit berkeluasan 9578 sq ft
- Kuarters imam, bilal, guru & pekerja - 12 unit berkeluasan 13000 sq ft
- Dewan makan - 1 unit berkeluasan 3000 sq ft
- Dewan terbuka - 3 unit berkeluasan 5382 sq ft
- Tandas awam - 10 unit berkeluasan 625 sq ft
- Parkir kenderaan
- Dataran terbuka
- Padang terbuka

(TANAH YANG AKAN DIBANGUNKAN MASJID)
Terbinanya sebuah masjid ini bukan sahaja digunakan untuk menunaikan solat malah masjid ini akan menjadi sebuah institusi pendidikan agama terutamanya kepada anak-anak kecil, remaja dan anak-anak tahfiz.
Sesungguhnya, masjid ini akan menjadi sebuah tempat yang sangat strategik dan kondusif untuk menimba ilmu kepada penduduk Pasir Mas, Kelantan.

(LAKARAN 3D PEMBANGUNAN MASJID)
Diharapkan dengan sumbangan SERENDAH RM5 kepada pembinaan Masjid Tahfiz Al Ayubi ini, memudahkan para jemaah untuk bersolat dengan lebih selesa dan penduduk sekitar dapat menimba ilmu agama dengan cemerlang.

(LAKARAN 3D PEMBANGUNAN MASJID)
Kami di sini benar-benar mengharapkan keprihatinan tuan puan. Bantulah kami untuk bangunkan rumah Allah ini. Sumbangan tuan puan kini menjadi jalan terakhir kami.

(LAKARAN 3D PEMBANGUNAN MASJID)
Kami merayu dan memohon sumbangan ikhlas tuan puan walaupun dengan nilai RM5. Maafkan kami jika nilai RM5 itu terlalu berat dan membebankan. Namun, tuan puanlah satu-satunya harapan terbesar kami.

(LAKARAN 3D PEMBANGUNAN MASJID)
Pastinya pahala SEDEKAH ini akan mengalir tanpa henti.
Rasulullah SAW bersabda: Apabila seseorang anak Adam itu meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara: sedekah jariah, ilmu yang dimanfaatkan dengannya dan anak soleh yang mendoakan untuknya”.
Hadis Riwayat Sahih Muslim